Wednesday, October 2, 2013

Kerumitan Syiah

Bercakap mengenai soal Syiah, penganut Syiah, ajaran Syiah, dan segala yang berkaitan dengan Syiah, kita tidak dapat lari daripada bercerita tentang akidah yang memesongkan ajaran Islam. Umumnya Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a.

Tindakan memutar belit fakta oleh pelbagai media cetak dalam isu Syiah ini menyebabkan ramai di antara kita yang keliru sama ada Syiah adalah fahaman yang benar atau sebaliknya. Pelbagai spekulasi yang keluar juga turut merumitkan penulis ketika menulis entri ini. 

Berfikir sejenak mengenai isu Syiah ini, mungkin ramai di antara kita yang menganggap isu ini satu isu yang membosankan. Tetapi apabila dikaji dengan lebih mendalam, kita akan dapati Syiah merupakan satu isu yang menarik untuk dikaji dan untuk menambah pengetahuan dalam diri agar tidak terpesong dengan akidah.
  
Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela".  Contohnya:  Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".

Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Apa yang diperkatakan mengenai bahaya Syiah ialah pertembungan ideologi antara Syiah dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Sunnah). 


“Bahaya akibat pertembungan inilah yang perlu ditangani. Ada yang berasa diri mereka pejuang Islam dan menganggap Syiah ini sesuai (dipegang) berbanding Sunni yang dikatakan sedikit lemah,” kata Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, seorang profesor di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).














No comments: