Sunday, October 27, 2013

Bajet 2014 : Pro dan Kontra

Seperti yang kita semua sedia maklum, Bajet 2014 telah pun dibentangkan pada 25 Oktober 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat. 

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". 

Bajet 2014 mengandungi lima teras utama. Antara lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

Dibawah adalah keputusan penuh pembentangan Bajet 2014 yang tertera di dalam buku Bajet 2014.
  • Bonus setengah bulan gaji penjawat awam
  • Pesara kerajaan (pencen) dapat RM250
  • Harga gula naik 34sen bermula 26 October 2013
  • GST dikuatkuasakan 1 April 2015, kadar 6%
  • Akan ada pengurangan cukai pendapatan apabila GST akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2015
  • BR1M 3.0 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
  • BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M 3.0 
Turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion.
 
 
Apabila kita perhatikan intipati Bajet 2014 yang telah dibentangkan kelmarin, pelbagai komentar telah disiarkan di laman-laman sosial. Sama ada yang pasrah dan juga yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan yang telah dikeluarkan. 

Kebanyakkan dari suara-suara yang kedengaran ialah mengenai pelaksanaan GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
 
Menurut salah seorang pakar ekonomi,  Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, walaupun memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) untuk diganti dengan GST, kadar 6% yang diumum Putrajaya dalam Bajet 2014 dianggap terlalu tinggi.
 
Manakala menurut  Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat.
 
Sebagai seorang rakyat biasa yang masih belum mempunyai pendapatan yang tetap tetapi mempunyai pengalaman bekerja, saya berpendapat bahawa GST ini perlulah dilakukan secara berperingkat dan bukannya dengan sekaligus agar rakyat tetap dapat merasa faedah yang ada pada GST yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan kelak.



No comments: