Sunday, October 27, 2013

Bajet 2014 : Pro dan Kontra

Seperti yang kita semua sedia maklum, Bajet 2014 telah pun dibentangkan pada 25 Oktober 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat. 

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". 

Bajet 2014 mengandungi lima teras utama. Antara lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

Dibawah adalah keputusan penuh pembentangan Bajet 2014 yang tertera di dalam buku Bajet 2014.
  • Bonus setengah bulan gaji penjawat awam
  • Pesara kerajaan (pencen) dapat RM250
  • Harga gula naik 34sen bermula 26 October 2013
  • GST dikuatkuasakan 1 April 2015, kadar 6%
  • Akan ada pengurangan cukai pendapatan apabila GST akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2015
  • BR1M 3.0 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
  • BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M 3.0 
Turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion.
 

Tuesday, October 8, 2013

Keracunan Makanan Membawa Maut

Seperti yang sedia maklum, seminggu dua yang lepas, kecoh kisah mengenai tiga orang maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu bersamaan 28 September 2013. 

Menurut sumber, mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.

Baru-baru ini pula, tidak sampai seminggu kes empat orang meninggal dunia akibat memakan ayam masak merah di majlis perkahwinan, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang.

Di Perak, 271 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah, termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan.

Semua mereka berusia 13 hingga 17 tahun mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu, malam kelmarin.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kebenaran mengatakan bahawa ayam yang dimasak itu adalah punca utama kepada kematian mangsa di majlis perkahwinan dan juga keracunan pelajar-pelajar di Perak.




Memang agak COMMON berlaku kes keracunan yang melibatkan ayam, selain daripada kes yang kerap melibatkan sambal. Selain faktor pencemaran seperti tukang masak tidak mencuci tangan dengan bersih selepas keluar dari tandas, faktor utama penyebab keracunan adalah sifat semulajadi produk makanan tersebut yang merupakan perumah bakteria.

Mari kita kaji bahaya-bahaya yang terdapat dalam makanan, selain kegemukan jika makan terlampau banyak :
1. Fizikal : Kaca, rambut, dawai
2. Kimia : Pewarna berlebihan, pengawet tak diluluskan, sabun cuci tak bersih
3. Mikrobiologi : Kuman, virus, fungi dan toksinnya

Dalam kebanyakan kes keracunan makanan, puncanya adalah bilangan BAKTERIA yang tidak terkawal. Untuk dihapuskan seratus peratus mungkin agak mustahil, namun ia boleh dikurangkan ke tahap yang tidak membahayakan.

Antara tips atau petua ke arah menyediakan makanan yang sihat dan selamat ialah :

1. Menjaga kebersihan
2. Asingkan makanan mentah daripada makanan yang dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang betul
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat
6. Gunakan deria Lihat, Hidu dan Rasa
7. Pilih tempat makan yang sesuai dan bersih