Seperti yang sedia maklum, seminggu dua yang lepas, kecoh kisah mengenai tiga orang maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan
makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung
Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu bersamaan 28 September 2013.
Menurut sumber, mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara
gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.
Baru-baru ini pula, tidak sampai seminggu kes empat orang meninggal dunia akibat memakan ayam
masak merah di majlis perkahwinan, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di Perak
dan Pulau Pinang.
Di Perak, 271 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah,
termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan.
Semua mereka berusia 13 hingga 17 tahun mengalami
cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma
yang disediakan di asrama sekolah itu, malam kelmarin.
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kebenaran mengatakan bahawa ayam yang dimasak itu adalah punca utama kepada kematian mangsa di majlis perkahwinan dan juga keracunan pelajar-pelajar di Perak.
Memang agak COMMON berlaku kes keracunan yang melibatkan ayam, selain daripada kes yang kerap melibatkan sambal. Selain faktor pencemaran seperti tukang masak tidak mencuci tangan dengan bersih selepas keluar dari tandas, faktor utama penyebab
keracunan adalah sifat semulajadi produk makanan tersebut yang merupakan
perumah bakteria.
Mari kita kaji bahaya-bahaya yang terdapat dalam makanan, selain kegemukan jika makan terlampau banyak :
1. Fizikal : Kaca, rambut, dawai
2. Kimia : Pewarna berlebihan, pengawet tak diluluskan, sabun cuci tak bersih
3. Mikrobiologi : Kuman, virus, fungi dan toksinnya
Dalam kebanyakan kes keracunan makanan, puncanya adalah bilangan
BAKTERIA
yang tidak terkawal. Untuk dihapuskan seratus peratus mungkin agak mustahil, namun ia boleh dikurangkan ke tahap yang tidak membahayakan.
Antara tips atau petua ke arah menyediakan makanan yang sihat dan selamat ialah :
1. Menjaga kebersihan
2.
Asingkan makanan mentah daripada makanan yang dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang betul
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat
6. Gunakan deria Lihat, Hidu dan Rasa
7. Pilih tempat makan yang sesuai dan bersih